About Us

Mumsluv, Satu Inspirasi Cinta Buat Si Ibu

Kami mahu dekat di hati ibu-ibu. Saat diri mula hamil dan melahirkan serta di sepanjang perjalanan melalui tempoh penyusuan ekslusif bersama si kecil. Di Mumsluv, kami tidak mahu menjadi kreatif seperti yang lain, kami fokus kepada nilai yang boleh kami kongsikan bersama anda.

Mumsluv menjadikan ibu-ibu sebagai inspirasi. Kami mahukan ibu-ibu kekal aktif, kemas, sopan serta bergaya. Pelbagai koleksi kasual, elegan dan formal serta manis dan sopan yang sesuai buat seorang ibu gayakan.

Objektif Kami

1. Stail

Mumsluv menjadikan gaya serta fesyen terkini sebagai inspirasi dalam setiap koleksi kami. Kami mahu ibu-ibu tetap bergaya dan elegan kala hamil juga selepas melahirkan. Malah siapa sangka wanita manis bergaya anggun seperti anda juga sibuk menguruskan anak kecil.

2. Menjaga Aurat Ibu

Ya. Saat yang sukar bukan kala si manja merengek minta disusukan. Si kecil tidak mengenali siapa ada bersama ibu atau di mana ibu berada. Kami mengerti. Tidak perlu gusar. Susukan bayi dengan tenang tanpa ragu. Bukaan penyusuan kami dibuat khas di bahagian hadapan dada dengan lapisan kain di bahagian dalam bagi memberikan rasa SELAMAT ketika menyelak baju. Malah, aurat di bahagian belakang juga terpelihara memandangkan ibu-ibu tidak perlu menyelak baju dari bawah pinggang ke atas. Ringkas & praktikal.

3. Raikan Detik Indah Anda

Kami mahu bersama ibu-ibu melalui perjalanan kehamilan, melahirkan, dalam pantang serta sepanjang tempoh penyusuan ekslusif. Koleksi kami terdiri daripada pakaian ibu hamil, baju menyusu, kelengkapan penyusuan seperti nursing bra, bengkung serta nursing butter.

4. Elegan & Praktikal

Ianya bukan sekadar gaya. Bukaan penyusuan koleksi kami ringkas dan mudah. Dengan bukaan ringkas di hadapan dada atau dengan butang. Tanpa zip yang boleh membahayakan muka dan mata si kecil, juga bimbang ianya tersangkut di tudung atau pakaian mama serta melambatkan si manja dapat menyusu.

Ramai yang mengakui koleksi Mumsluv "tidak seperti baju menyusu pun". Ya kami mahu ianya begitu, agar ibu-ibu dapat terus memakainya ke mana sahaja meskipun si kecil sudah tidak menyusu lagi. Anda inspirasi kami. Dan kami mahu menjadi inspirasi cinta buat anda dan si manja.

Kerana itulah kami menamakannya Mumsluv – Mother’s Inspiration.